Profail Syarikat

SEJARAH RINGKAS

Permodalan Capital Bhd. (PCB) ditubuhkan dan telah menjalankan operasi dalam syarikat perniagaan pelaburan awam sejak 1971 dibawah nama syarikat Permodalan Sabah Berhad.

Objektif syarikat PCB adalah: (1) Meningkatkan keuntungan daripada operasi untuk pengagihan kepada pemegang–pemegang saham. (2) Untuk memperolehi keuntungan dan mengawal pengurusan perbadanan serta menyediakan peluang pelaburan kepada pemegang-pemegang saham.

Bagi mencapai objektif, PCB secara agresif dan berterusan mengenalpasti peluang perniagaan yang menguntungkan bagi pelaburan yang memberikan pulangan yang tinggi, berisiko rendah dan berbentuk modal. Selain itu, PCB juga mempelbagaikan operasi berkaitan dengan pelaburan lain di dalam portfolionya.

Pada masa ini, syarikat menjalankan empat jenis pelaburan yang utama disamping menjalankan beberapa aktiviti perkhidmatan kewangan.

AKTIVITI UTAMA

Urusniaga Pelaburan

Kami melabur dan berurusniaga tertumpu kepada kaedah kewangan dalam pertukaran setempat. Strategi utama adalah kombinasi asas, teknik dan kajian secara pengiraan serta gerakan sistem.

Kami dengan tegas percaya bahawa mengenali sesuatu industri, pengurusan dan keadaan kewangan sesebuah syarikat adalah pendorong kepada kemahuan untuk melabur dan berurusniaga.

Syarikat dengan sendiri membimbing tentang kajian pengiraan berdasarkan pemerhatian atau ujian. Kami juga mempunyai prestasi yang baik dalam milikan dana di Bursa Saham Kuala Lumpur sejak 1993 untuk beberapa tahun sehingga pemansuhan sukarela selaras dengan Watson Wyatt Survey.

Pembiayaan Peribadi

Kami menyediakan pembiayaan peribadi khas untuk kakitangan kerajaan dan pekerja-pekerja syarikat kerajaan sejak tahun 2000.

Hartanah

Kami ialah pelabur hartanah yang pasif bagi memastikan modal yang ada dapat bertahan dalam jangka masa yang panjang. Selain itu, ia juga dapat membolehkan syarikat untuk mempunyai leverage kewangan yang baik.

Ekuiti

Kami menyediakan saluran kewangan yang selamat kepada syarikat-syarikat yang memerlukan modal, korporat, kewangan dan perkhidmatan perunding ekonomi. Ukuran kami pada jenis pelaburan ini adalah lebih kepada contoh perniagaan yang baik dan pengurusan yang cekap.

2024 © Copyright - Permodalan Capital Bhd. Designed by Cowie Multimedia